Cart 0

Zvex - Pengenalan

Dalam entry pengenalan kepada produk berbahasa Melayu yang pertama Tone Masters, kita telah memperbincangkan tentang asal usul dan serba sedikit pengenalan kepada pedal butik EarthQuaker Devices. Dalam entry kali ini saya ingin memperbincangkan sedikit sebanyak tentang pedal butik yang seterusnya, kita akan menyelusuri sejarah penciptaan dan pengenalan kepada pedal butik Zvex.

 


Pedal butik Zvex diasaskan oleh Zachary Vex yang juga dikenali sebagai “Mad Scientist” pada tahun 1995. Pada bulan Jun 1995 Zach telah menghasilkan pedal efek di meja dapur beliau secara suka suka. Kemudiannya, dia pergi memperkenalkan pedal tersebut kepada Nate, pemilik kepada kedai Willie’s American Guitars, dan serta merta Nate membuat tempahan sebanyak 3 unit dan serta merta juga Zach terlibat dalam bidang perniagaan efek pedal.


Zachary Vex


Kemudian, Zach telah menghasilkan pedal keluarannya sendiri dan juga mewarnakan sendiri pedal tersebut selama 6 bulan dan dalam tempoh tersebut 30 pedal telah dihasilkan beliau. Di awal kemunculan Zvex pedal, setiap jualan dari 30 pedal adalah titik penting kepada Zach sendiri memandangkan kedudukan kewangannya yang agak merisaukan.


Masa berlalu dan jualan pedal Zvex meningkat sehingga Zach sendiri merasa penat untuk melakukan kesemua proses bersendirian. Mendapat saranan daripada rakan baiknya, Zach telah mengambil imigran dari etnik Hmong untuk melakukan kerja penyusunan elektronik bagi pedal keluarannya memandangkan etika kerja etnik Hmong ini adalah yang terbaik pada masa tersebut. Dari pencarian tersebut Zach telah menemui Shoua Tao yang mana Shoua Tao adalah orang kepercayaan Zach dalam pemasangan elektronik pedal keluaran Zvex sehingga sekarang. Manakala bagi proses mengecat pedal keluarannya, Jason Myrold telah dikenalpasti dan sehingga sekarang masih bersama Zvex.


Walaupun harga pedal butik Zvex ini mahal kerana pedal buatan Zach adalah 100% dari hasil tangan dari awal proses hingga ke akhir proses, Zach telah datangkan satu siri yang dikenali sebagai siri Vexter yang mana produk dari siri ini menggunakan litar elektronik yang sama dengan litar elektronik buatan Zach sendiri. Perbezaan utama antara siri original pedal buatan Zach dengan siri Vexter adalah dari sudut harga, harga dari siri Vexter adalah jauh lebih rendah berbanding dengan siri original. Dari segi warna juga berbeza yang mana siri Vexter adalah pedal yang dipasang dan diwarnakan dengan teknologi “silkscreen” di Taiwan. Walaupun pemasangannya di Taiwan, sebelum dipasarkan ke pasaran, pedal tersebut dihantar ke US terlebih dahulu untuk dianalisa oleh Zach sendiri. Perbezaan seterusnya adalah waranti, waranti bagi pedal buatan tangan Zachary Vex mendapat waranti seumur hidup beliau, manakala untuk siri Vexter cuma mendapat 2 tahun waranti sahaja.


Ini adalah dua contoh perbezaan produk antara Siri Original Zvex dan Siri Vexter :



               

     Siri Original Fat Fuzz Factory                      Siri Vexter Fat Fuzz Factory



             

     Siri Original Woolly Mammoth                    Siri Vexter Woolly Mammoth





Di premis kami di Tone Masters Shah Alam, kami telah membawa masuk beberapa unit pedal keluaran Zvex dan ini adalah beberapa model yang terdapat di premis kami.


 Zvex Super Hard On SE 20th Anniversary


Zvex Basstortion


Zvex Tremolo Sonar Pedal


Zvex Wah Probe


Zvex Fat Fuzz Factory Vexter Series


Zvex Woolly Mammoth Vexter Series

Zvex Woolly Mammoth Vexter Series



Untuk merasai sendiri pengalaman pada setiap pedal keluaran Zvex yang terdapat di premis kami, anda adalah disarankan untuk datang sendiri dan alami sendiri di setiap keindahan dari Zvex ini. Sekian, jumpa lagi di post yang akan datang.



Older post Newer post