Jualan Gila Gila Tone Masters March 2018

Jualan gila gila Tone Masters March 2018

Anda mempunyai keinginan untuk mendapatkan instrument idaman tetapi kekurangan modal? Ada modal terkumpul? Kami dari pihak Tone Masters sedang dalam rangka untuk mengejutkan para ahli muzik dan penggemar muzik secara umumnya dengan jualan gila gila Tone Masters. Sudah bersedia ke belum semua orang kampung?

Setelah melalui proses rundingan dan muafakat di antara kami, kami telah bersetuju untuk menetapkan tarikh kejutan tersebut pada 25/3/2018 nanti. Dan jualan gila gila ini cuma hanya akan berlangsung selama 12 jam sahaja bermula dari pukul 10 pagi sehingga ke 10 malam. Jangan terlepas, walaupun anda terlambat seminit, tawaran gila gila ini akan ditutup dan kami mohon maaf, segala rayuan dan sogokan tidak akan dilayan sama sekali selepas pukul 10 malam 25/03/2018!

Antara produk yang akan dijadikan mangsa pemotongan harga gila gila ini adalah seperti berikut;


       




      



      






      


Jika dilihat dari senarai jenama produk di atas, seharusnya anda yakin bahawa jualan yang akan diadakan nanti adalah betul betul gila dan bukan main main. Bagaimana untuk sampai ke kedai kami? Ok, lokasi kami berhampiran dengan Aeon Seksyen 13 Shah Alam, berdekatan juga dengan MSU, boleh taip “Tonemasters” di aplikasi Waze atau Google Maps untuk memudahkan anda semua untuk ke kedai kami. Belum yakin? Ini kami tampilkan sedikit video “teaser” ikhlas dari Tone Masters untuk menambah debar di dada anda semua.



Tapi sebelum anda senyum sampai ke telinga, jualan gila gila ini ada terma dan syarat yang anda semua kena patuhi untuk mengambil bahagian dalam acara julung julung kali yang Tone Masters jalankan ini. Ok, ini terma dan syarat yang kami dari pihak pengurusan Tone Masters persetujui secara berjemaah adalah seperti berikut ;-

  1. Harga promosi setiap barang pada 25/3/2018 hanya sah diperakukan bermula dari pukul 10 pagi hingga pukul 10 malam sahaja.
  2. Promosi ini sah untuk transaksi jualan di kedai fizikal kami sahaja yang beralamat di 10-1F, Jalan Boling Padang E 13/E, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor. Transaksi atas talian tidak akan terlibat dengan harga promosi ini. Akan tetapi, pelanggan masih boleh menikmati harga promosi melalui panggilan telefon ke kedai kami di 03 5885 3775 pada hari tersebut dan semua transaksi harus dilakukan pada hari tersebut sahaja!
  3. Potongan harga pada produk yang bertanda “Enquire” cuma akan didedahkan pada hari promosi tersebut kepada pelanggan yang datang ke kedai atau yang menelefon kami pada hari tersebut sahaja.
  4. Jika produk yang dikehendaki oleh pelanggan telah kehabisan stok, pelanggan akan diberi peluang untuk membuat pre-order pada hari tersebut untuk menikmati harga yang sama dengan harga promosi yang dijalankan. Pre-order akan tertakluk kepada kecukupan stok oleh pembekal dan akan memakan masa selama 4-8 minggu untuk proses penghantaran.
  5. Terdapat produk yang tidak termasuk dalam senarai harga promosi yang akan dijalankan pada hari tersebut, jadi pelanggan boleh mengemukakan tawaran terhadap produk tersebut. Sila berurusan dengan pihak kami untuk mengemukakan tawaran anda.
  6. Kami di pihak Tone Masters berhak untuk memendekkan tempoh promosi atau memanjangkan tempoh promosi tersebut jika keadaan memerlukan.
  7. Pihak Tone Masters juga berhak untuk meminda harga jika terdapat percanggahan dengan haga potongan yang dipaparkan.
  8. Warranty dan polisi pemulangan barangan terhadap produk pada hari promosi tersebut akan berfungsi seperti biasa.
  9. Transaksi jualan adalah berdasarkan prinsip “siapa cepat dia dapat”. Tidak dibenarkan sama sekali untuk book produk secara lisan. Jika ingin membuat reservation kami memerlukan anda untuk meletakkan deposit sebanyak 40% daripada harga produk. Tiada pemulangan semula untuk deposit bagi barang yang tidak dituntut.
  10. Bayaran pos (jika ada) tidak termasuk dalam harga promosi. Harga kos pengeposan adalah pada kadar biasa dan tidak berubah.
  11. Promosi ini adalah untuk produk baru sahaja. Barangan terpakai dan/atau B-Stock tidak termasuk dalam promosi ini.
  12. Promosi ini tidak termasuk promosi-promosi lain yang sedang berjalan. Promosi lain yang dikenakan terhadap produk yang akan terlibat pada 25/3/2018 seperti pemotongan harga dan pemberian hadiah percuma adalah terbatal sama sekali pada tarikh tersebut.

Anda sudah jelas dengan terma dan syarat kami? Jika jelas, nantikan senarai harga kami yang akan didedahkan dalam masa beberapa hari ini. Jumpa saja nanti di Tone Masters pada hari Ahad, 25/3/2018! Assalamu’alaikum dan salam sejahtera semuanya!



Older post Newer post