Earthquaker Devices - Terbaru Dari NAMM 2018

EarthQuaker Device ( EQD ) adalah satu jenama pedal gitar buatan tangan yang diasaskan sekitar tahun 2004 yang dihasilkan di Akron, Ohio, USA . Penciptaan setiap efek oleh EQD adalah bersifat mesra pengguna. Ciri yang diutamakan dalam setiap pembinaan pedal EQD ini adalah praktikal, senang digunakan dan bunyian yang sedap didengar. Dalam penghasilan produk mereka, ketelitian dan perician adalah teramat sangat ditekankan setiap masa yang mana setiap penciptaan pedal gitar mereka adalah dihasilkan dengan menggunakan tangan dan diuji secara terus tanpa menggunakan robot. Selain dari penelitian semasa proses pembuatan, pembuatan pedal EQD juga menitik beratkan kualiti barang yang digunakan untuk menghasilkan pedal keluarannya.


Memiliki hampir 40 versi pedal, EQD telah memperkenalkan versi baru mereka semasa Festival NAMM 2018 yang berlangsung di Anaheim Convention Center California, USA baru baru ini. Mereka telah melancarkan model terbaru mereka Westwood Translucent Drive Manipulator dan telah menambahbaik 5 pedal terbaik mereka kepada versi V2.


Westwood Translucent Drive Manipulator


Westwood Translucent Drive Manipulator menjamin kejelasan drive yang dihasilkan dari pertukaran rich low kepada medium overdrive. Sementara model yang dinaik taraf ke versi V2 terdiri daripada model, Avalanche Run, Spatial Delivery, Hoof Reaper, The Depths, dan Rainbow Machine. Saya akan memberikan penjelasan yang lebih mendalam tentang setiap efek EQD ini pada entry seterusnya yang akan dikeluarkan tidak lama lagi.

 Untuk mendapatkan pengalaman sebenar dan mencuba sendiri produk pedal EQD ini, anda boleh datang ke kedai kami yang terletak di Seksyen 13, Shah Alam.  



Older post Newer post