Caline - Pengenalan




Caline Technology adalah satu perusahaan elektronik terkenal dari negara China yang berpengkalan di Shenzen. Mereka mula beroperasi sekitar Ogos 2010 dan memiliki dua asset pengeluaran di Suzhou dan Wuhan bagi memudahkan proses pengeluaran terhadap produk mereka dan juga memudahkan pemasaran kepada pihak pengguna.


Dalam pembinaan produk elektronik dan muzik, mereka memiliki kepakaran dalam bidang RnD yang mana hasil dari peyelidikan dan pembangunan pedal efek serta barangan muzik elektronik yang lain telah menjadikan nama Caline dikenali ramai dan digunakan oleh ahli muzik di serata dunia melalui pemasaran yang telah memasuki pasaran benua Eropah, Amerika dan Asia.




Antara produk keluaran mereka yang terkenal dan di akui terbaik oleh pengguna selain dari pedal efek mereka adalah, pedal board, digital metronome,  tuner, power supply, amplifier, sistem wireless audio dan pelbagai lagi produk yang berasaskan muzik.



Kualiti serta kemampuan produk Caline ini telah diakui ramai. Seperti mana yang ditulis dalam kolum laman sesawang Music Critic, efek pedal buatan Caline turut mendapat perhatian dunia seperti, efek pedal reverb mereka, Snake Bite telah termasuk dalam Top 10 reverb pedal terbaik di kolum tersebut seiring dengan nama nama besar dalam dunia pedal efek yang lain. Untuk rujukan, sila ke pautan ini. 

http://musiccritic.com/equipment/pedals/best-reverb-pedal/ .    

 


Dalam kolum yang sama, beberapa lagi model keluaran Caline yang mendapat perhatian dan diakui terbaik dalam kelas mereka sendiri seperti pedal efek delay mereka, Blue Ocean yang di letakkan sebagai antara 11 pedal efek delay terbaik. Caline 10 Band pula termasuk di dalam Top 10 EQ Pedals.








Sebagai rujukan, kami sediakan pautan pautan demo pedal keluaran Caline ini di bawah:,


Snake Bite Reverb ;

https://www.youtube.com/watch?v=0OUlwPuszNk 


Blue Ocean Delay ;

https://www.youtube.com/watch?v=qmvOZ_pf3Mo


10 Band EQ ;

https://www.youtube.com/watch?v=lUpdPcnRbkc 


Untuk mendapatkan sendiri “feel” produk Caline termasuklah 3 model yang diketengahkan dalam entry kali ini, anda dijemput datang ke kedai kami yang mana kami merupakan pengedar sah kepada produk Caline di Malaysia.



Older post Newer post